Monday, 16 April 2012

♥ Redhalah Wahai Hati... ♥









mungkin 'dia' bukan untukku...
mungkin juga aku bukan untuknya...
sesungguhnya susunan ALLAH adalah yang terbaik...

wahai hati...
sabarlah dirimu..
tenangkan hati..
lapangkan fikiran..
bersihkan hati...
damaikan perasaan...
semoga ALLAH berikan yg terbaik buatku...

kepada 'kamu' yang pernah hadir dalam hidupku...
terima kasih ku ucapkan kerana banyak mengajarku erti kehidupan & ragam manusia yg pelbagai...
di sini menjadi tempat kita bertemu tapi..
sayangnya tidak berpanjangan....
maafkan diri ini...
moga 'kamu' jua beroleh yg terbaik buat 'dirimu'....

'tetapi boleh jadi kamu tidak mnyukai sesuatu padahal ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagi kamu.ALLAH m
engetahui sedang kamu tidak mengetahui' (Al-Baqarah:216)

Friday, 13 April 2012

hadapi putus cinta

    assalamualaikum..hari ni siti ingin berkongsi tentang tips putus cinta.
siti amik tips ni dari sebuah majalah..harap kawan-kawan boleh menggunakan tips ni tuk melupakan si dia....ok?
                     TIPS HADAPI PUTUS CINTA
1)hapuskan kenangan bersame sidia termasuk hadiah yang berharga.
2)usah menyeksa diri dengan mengingati si dia.
3)ingat hal-hal yang buruk tentang si dia.
4)janagn menghukum diri dengan menutup pintu hati anda tuk orang lain..
5)lakukan perkara yang anda suke.
6)bersosial dengan teman -teman anda
7)beri ruang tuk kenali orang baru
8)reda dengan ketentuan ILAHI dan berdoa kepadenye...

Thursday, 12 April 2012

L O V E


Kalau bintang bisa dijadikan saksi
Akanku petik untuk ku persembahkan kepadamu
Kalau rembulanboleh melakar sayap
Akanku ku pinjam tuk agar aku sampai padamu

Kalau sayang tidak bisa terungkap
Biar hati yang tolong bicarakan
Kalau cinta belum kesampaian
Biar bibir yang tolong ungkapkan

Biar hati kecewa
Lara rindu dibawa jauh
Rindu dibiarkan sepi
Sukma dilanda badai

Salah jangan dibiar
Silap jangan didiam
Hati jangan sendiri
Kelak akan memakan diri

Langkah majukan bersama
Cinta ungkapan kedua
Sayang semaikan selalu
Rindu janagn biar terkubur

Kita menjalin kasih
Rasai rindu yang menggunung
Lempiaskan cinta sedalamnya
Agar bahagia sentiasa.















special for Daniel Izany  :)  I LOVE U SO MUCH














Tuesday, 10 April 2012

L.E.L.A.K.I D.A.N W.A.N.I.T.A

Wanita...Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Mas yaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..